Home » Citra Yadim » Pencarian calon-calon Dai’e sebagai Penggerak Komuniti YADIM di kawasan Parlimen

Pencarian calon-calon Dai’e sebagai Penggerak Komuniti YADIM di kawasan Parlimen

Jom Sertai Sukarelawan Dakwah YADIM sebagai PENGGERAK KOMUNITI YADIM di kawasan Parlimen anda :

Tawaran terbuka kepada para dai’e di setiap kawasan parlimen (222 kawasan) untuk menyertai sukarelawan dakwah YADIM yang dinamakan PENGGERAK KOMUNITI YADIM.

Fungsi dan Peranan Penggerak Komuniti YADIM:

1. Sebagai penceramah sambilan dan pentazkirah jemputan dalam program-program operasi dakwah YADIM di negeri dan kawasan parlimen dan daerah.

2. Sebagai tenaga sukarelawan Daie YADIM untuk membantu YADIM menyelaras serta menggerakkan sesuatu program khidmat dakwah komoniti di sesuatu kawasan parlimen.

3. Menjadi duta kepada YADIM bagi menjalinkan hubungan strategik dengan NGO dan agensi-agensi kerajaan serta komuniti setempat di sesuatu kawasan parlimen untuk mewujudkan kerjasama dan berkolaborasi bagi membantu YADIM menjayakan sesuatu program dakwah bil hal.

4. Menjadi penggerak komuniti bagi pihak YADIM untuk menyebarluaskan kefahaman masyarakat tentang Gagasan Rahmatan Lil Alamin (RLA).

Kriteria Calon Penggerak Komuniti YADIM:

1. Warganegara Malaysia

2. Umur sekurang kurangnya 30 tahun.

3. Kelulusan sekurang kurangnya Diploma dalam sebarang bidang pengajian Islam (mereka di bidang lain juga layak memohon sekiranya memiliki keilmuan dan sahsiah yang baik sebagai seorang pendakwah).

4. Mahir menyampaikan ceramah agama, kuliah dan mampu memimpin solat berjamaah.

5. Duduk dan tinggal menetap di kawasan parlimen atau yang berhampiran dengannya.

6. Sihat tubuh badan dan mempunyai minat yg tinggi untuk menjadi pendakwah dalam komuniti.

Bagi yang layak dan berminat sila emailkan resume anda kepada Ustaz Aswad Mahamad, Bahagian Dai’e Al-Rahmah YADIM di https://mohd.aswad@yadim.com.my

Sila nyatakan:

1. Nombor telefon/whatapp
2. Alamat email,
3. Alamat tinggal tinggal.
4. Kawasan parlimen yang dipilih.

Boleh juga whatsapp ke nombor www.wasap.my/60123335634 untuk keterangan lanjut..

Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga khas pada bulan Februari 2020.

Tarikh Tutup Penyertaan: 17 Januari 2020.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *