Home » Langit Terbuka » Pencemaran toksik:Jawi sumbang RM10,000

Pencemaran toksik:Jawi sumbang RM10,000

Pengarah JAWI (tengah) menyampaikan sumbangan surgical mask dari JAWI Food Bank kepada Pengarah Hospital Sultan Ismail bagi menyantuni mangsa pencemaran di Pasir Gudang. - Foto FB Pengarah JAWI

PASIR GUDANG – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini (18 Mac) menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan harian kepada mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini berjumlah RM10,000.

Pengarahnya, Mohd. Ajib Ismail berkata, sumbangan tersebut dibuat pihaknya menerusi inisiatif Jawi Food Bank.

“Antara barangan yang disumbangkan termasuklah topeng muka, tuala, kain pelikat, makanan dan minuman serta kelengkapan tandas.

“Harapan kami adalah agar kesemua mangsa yang terjejas dengan insiden ini kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan kepasa wakil petugas di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, Menara Aqabah, di sini.

Pihaknya turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang mendapatkan rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebelum melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Mereka akan turut menyertai majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang dianjurkan di Hospital Permai. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Penutup Seminar Kenegaraan Madani

PEMIMPIN Ulung Indonesia, Bapak Soekarno pernah berkata,”Berikan aku 1,000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru daripada akarnya, dan berikan aku 10

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *