Home » Citra Yadim » Pencerahan undang undang keluarga untuk penduduk Pasir Mas anjuran MAWAR

Pencerahan undang undang keluarga untuk penduduk Pasir Mas anjuran MAWAR

PASIR MAS – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mempelbagaikan bentuk sumbangannnya kepada komuniti wanita negeri ini.

Terbaharu, mereka mengadakan program Bicara Keluarga Rahmah di Sekolah Kebangsaan Mekasar di sini pada 26 Oktober. Menariknya, menerusi sesi soal jawab, para peserta diberikan pencerahan mengenai pelbagai aspek undang undang syarie, terutamanya berkaitan keluarga.

Para peserta yang terdiri daripada kaum hawa sekitar bandar ini tidak melepaskan peluang berinteraksi secara langsung dan bertanyakan soalan soalan mengenai undang undang keluarga kepada penceramah jemputan yang juga Duta Rahmah, Che Rosmah Mohd Zain, seorang peguam syarie berpengalaman luas.

Terdahulu, Che Rosmah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat: Tunaikan Tanggungjawab Dengan Sebaiknya’ yang membicarakan undang-undang dalam aspek tanggungjawab suami isteri dalam keluarga.

Sementara itu, Pengerusi MAWAR YADIM, Dr Hafidzah Mustakim berkata penganjuran program ini memberi peluang kepada YADIM melalui MAWAR untuk bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat untuk membangunkan keluarga yang merupakan asas dalam pembangunan masyarakat.

Perbincangan dalam program ini mengetengahkan pendekatan Islam dalam memberikan solusi kepada pelbagai masalah dalam keluarga dan masyarakat, selain menyentuh mengenai konsep rahmah dan Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diketengahkan kerajaan.

Turut diadakan dalam program ini ialah penyampaian sumbangan barangan keperluan kepada 10 keluarga asnaf terpilih.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Ab Halim, dan ianya dirasmikan oleh pendakwah terkemuka, Ustaz Dr Mohd Sharani Mohd Naim.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *