Home » Citra Yadim » YADIM Perak santuni penghuni Hospital Bahagia

YADIM Perak santuni penghuni Hospital Bahagia

ULU KINTA – Usaha menyantuni masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak disasarkan kepada golongan terpilih sahaja, sebaliknya kepada keseluruhan masyarakat, sesuai dengan konsep rahmah dan Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang menunjukkan Islam itu membawa rahmat kepada semua.

Selari dengan konsep ini, bertempat di Hospital Bahagia di sini, YADIM Perak baru baru ini telah mengadakan program Bicara Keluarga Rahmah, untuk bersama dengan komuniti hospital ini.

Menerusi program ini, YADIM Perak telah menyumbangkan sebanyak 10 kerusi malas bagi kegunaan pesakit di hospital ini. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Hadir sama ke program ini ialah Timbalan Pengarah (Pentadbir Klinikal) Hospital Bahagia, Dr. Nailah Safian dan penyelaras program dari YADIM, Hafiz Mat Tuah.

Program di hospital ini dimulakan dengan sesi ceramah oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara Melaka, Profesor Madya Dr Mohd Nor Mamat.

Kepada kira kira 160 orang kakitangan hospital, beliau menyampaikan ceramah berkenaan konsep rahmah kepada mereka.

Program kemudiannya diteruskan dengan simbolik sumbangan kerusi malas dan sesi ziarah kepada pesakit mental di hospital ini. Seramai 30 orang pesakit diziarahi di bengkel hospital. Zolkharnain dan lain lain tetamu telah diberikan taklimat mengenai status dan perkembangan pesakit oleh kakitangan hospital.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *