Home » Langit Terbuka » Pendatang Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa

Pendatang Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa

Sekumpulan pendatang Yahudi bertindak menceroboh masjid al-Aqsa. Foto : https://www.maannews.com

BAITULMAQDIS 18 Jan.  – Sekumpulan pendatang Yahudi bertindak menceroboh masjid al-Aqsa.

Kehadiran mereka pada pagi Rabu diiringi polis Israel.

Insiden itu mencetuskan pertempuran antara pendatang terbabit dan penduduk Palestin yang berada di tapak suci berkenaan.

Ketua Pengarah Awqaf Islam dan Hal Ehwal al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib menuduh pihak berkuasa rejim Zionis sebagai bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Sejak penaklukan Zionis pada Jun 1967, Israel melakukan pelbagai aktiviti yang merosakkan masjid al-Aqsa.

Hanya beberapa hari sahaja selepas penaklukannya, mereka merobohkan dinding al-Magharibah di sebelah barat masjid dan diratakan untuk menjadi tempat ibadat orang Yahudi. – Press TV

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *