Home » Langit Terbuka » Penduduk bersembunyi, hujan batu melanda Madinah

Penduduk bersembunyi, hujan batu melanda Madinah

Sebuah kereta mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa hujan batu di Madinah.

MANAMA: Hujan batu yang lebat mengakibatkan beberapa kemalangan berlaku di Madinah dan turut merosakkan beberapa kereta.

Hujan dan ribut yang melanda Arab Saudi turut menyebabkan orang ramai bersembunyi dan meminta pihak berkuasa untuk menangguhkan sesi persekolahan dan kolej bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Pihak Berkuasa Awam Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar meramalkan ribut petir akan berterusan dan turut membawa angin serta debu.

Darjah penglihatan juga akan menurun di wilayah timur dan selatan Riyadh sehingga Najran.-

Pihak berkuasa pada Ahad berkata, suhu turut menurun di kawasan utara dan tengah negara itu.

Amaran telah dikeluarkan bahawa ribut pasir akan berlaku di Najran sepanjang hari dan akan menyebabkan penglihatan terhad.

Ia turut melanda Aseer dan penglihatan terhad kurang daripada dua kilometer. – Gulf News

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *