Home » Langit Terbuka » Penduduk Islam jadi sasaran diskriminasi

Penduduk Islam jadi sasaran diskriminasi

Wanita bertudung dihalau dari restoran di Perancis

PARIS 29 Ogos – Belum tamat isu lara­ngan pemakaian burkini, kini satu lagi kejadian menyebabkan dunia memandang serong terhadap tindak-tanduk Perancis yang ternyata ‘tidak adil’ dengan rakyatnya yang beragama Islam.

Insiden terbaharu, seorang pemilik sebuah restoran terkenal, Le Cenacle Tremblay-en-France di pinggir ibu kota Paris bertindak menghalau dua wanita hanya kerana mereka memakai tudung.

Daily Mail melaporkan, apa yang mengundang kemarahan ramai pihak apabila pemilik restoran itu mengeluarkan ke­nyataan umat Islam adalah pengganas, sebelum menghalau dua wanita terbabit.

Sebuah video berdurasi kurang seminit turut dirakam oleh salah seorang pengunjung restoran sebelum dimuat naik dalam laman sosial dengan ramai yang meluahkan rasa marah terhadap insiden tersebut.

Kejadian pada Sabtu lepas itu menyaksikan dua wanita berkenaan begitu sabar dan cuba berbincang dengan pemilik restoran yang tidak mahu mengambil pesanan mereka, sebaliknya meminta mereka keluar.

Selepas menghina Islam, pemilik restoran itu menegaskan dia berhak mengeluarkan pendapat sedemikian kerana berada di sebuah negara sekular.

Dalam pada itu, Menteri Keluarga, Kanak-kanak dan Hak-hak Wanita Perancis, Laurence Rossignol berkata, pihaknya sudah mengarahkan siasatan dan menggesa pengusaha restoran ber­kenaan menghentikan sikapnya yang tidak boleh diterima itu.

Rakaman tersebut turut dikongsi secara meluas di media sosial, sehingga mencetus pelbagai reaksi kebimbangan yang meningkatkan Islamofobia di negara ini.

Pemilik restoran itu juga menyatakan rasa kesal selain me­nyalahkan kontroversi larangan perdebatan pemakaian burkini di Perancis yang menyebabkan dirinya terikut-ikut sehingga bertindak luar batasan.

Sebelum ini, larangan memakai burkini membangkitkan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

https://www.utusan.com.my/berita

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *