Home » Langit Terbuka » Pengamal Media Perlu Memiliki Rasa Tanggungjawab

Pengamal Media Perlu Memiliki Rasa Tanggungjawab

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad berbual dengan, Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzaman dan Pengarang Eksekutif The Star, Rozaid Abd Rahman

KUALA LUMPUR – Pengamal media perlu memiliki perasaan tanggungjawab dalam melaporkan berita dan isu berkaitan kesihatan dengan menolak unsur fitnah atau menyentuh sensitiviti agama.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata setiap penulisan seharusnya bertunjangkan fakta, bukannya andaian atau berdasarkan khabar angin, semata-mata mahu menjadi media terawal menyiarkan sesuatu berita.

Dr Dzulkefly berkata, dalam usaha itu, media seharusnya diberikan kebebasan menjalankan tugas sesuai peranannya dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

“Saya percaya kebebasan itu diperlukan dalam memberi pencerahan kepada rakyat dalam memastikan amalan demokrasi dapat dipraktikkan,” katanya.

Beliau berkata, media kini turut perlu bijak dalam menangkis berita yang tersebar melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *