Home » Citra Yadim » Pengambilan Daie Muda YADIM Tahun 2020

Pengambilan Daie Muda YADIM Tahun 2020

PUTRAJAYA – Berita baik kepada semua belia yang berminat dengan usaha dakwah di lapangan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan melakukan pengambilan Daie Muda YADIM (DMY) untuk sesi Februari – Mei 2020. Peluang keemasan ini terbuka kepada belia berusia 21 hingga 30 tahun, dengan keutamaan akan diberikan untuk mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf .

Calon calon juga hendaklah petah berkata kata selain mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, hikmah dalam bertindak dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan.

Anda juga mestilah mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang baik. Kepada yang berminat sila hantarkan resume dan permohonan ke daiemuda@yadim.com.my.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Penyelaras DMY, Nor Akmal Abdul Malik di talian 03-8870 3870 atau 019-366 9740.

Elaun akan disediakan sepanjang latihan.

Hanya seramai 60 orang calon DMY akan diterima. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 November 2019.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *