Home » Langit Terbuka » Pengganas rancang culik, bunuh individu spesifik – KPN

Pengganas rancang culik, bunuh individu spesifik – KPN

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tujuh individu yang merancang penculikan dan pembunuhan polis mempunyai sasaran individu spesifik untuk melakukan ancaman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sasaran turut melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci dan siasatan masih dilakukan dalam mengesan baki ahli kumpulan terbabit.

“Mereka sebenarnya ada sasaran spesifik. Saya tidak boleh dedahkan berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

“Mereka turut mensasarkan untuk menyerang balai polis serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD),” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini.

Justeru, beliau mengarahkan semua IPK dan IPD meningkatkan tahap kawalan dan keselamatan dari semasa ke semasa.

Menerusi satu kenyataan media semalam, polis memaklumkan berjaya menangkap tujuh lelaki tersebut antara 27 Februari hingga 15 Mac lalu dalam serbuan di Johor dan Sabah.

Seorang lelaki warganegara Filipina berusia 31 tahun yang juga anggota kumpulan Abu Sayyaf merupakan antara tujuh yang ditahan. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *