Home » Langit Terbuka » Syarikat bumiputera terima anugerah di Eropah

Syarikat bumiputera terima anugerah di Eropah

SYED MOHD. RAZIF AL YAHYA (empat dari kanan) mewakili syarikatnya menerima anugerah Produk Kebudayaan dan Pelancongan Terbaik Dunia sempena World Summit Awards (WSA) di Vienna, Austria, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR 24 Mac – Platform teknologi, TravelCompute yang dibangunkan oleh syarikat 100 peratus milik bumiputera, Sutra Travel & Tourism Group of Management Companies berjaya menerima anugerah Produk Kebudayaan dan Pelancongan Terbaik Dunia di Vienna, Austria pada Jumaat lalu.

Anugerah itu diterima semasa penganjuran World Summit Awards (WSA) yang merupakan inisiatif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf kemajuan yang dicapai dalam bidang teknologi.

Pengarah Urusan Kumpulan Sutra Travel & Tourism Group of Management Companies, Datuk Syed Mohd. Razif Al Yahya hadir untuk menerima anugerah tersebut.

Platform berkenaan atau de­ngan nama penuhnya TravelCompute Travel & Tourism Big Data Platform menerima anugerah ter­sebut atas pencapaiannya menyediakan kemudahan daripada segi integrasi maklumat bagi memberi manfaat kepada pemain-pemain industri pelancongan antarabangsa.

Syed Mohd. Razif berkata, pihaknya gembira dengan pencapaian itu kerana menjadi satu-satunya syarikat Malaysia yang memenangi kategori Kebudayaan dan Pelancongan.

“Kami berasa bangga kerana kami menjadi satu-satunya syarikat dari Malaysia yang memena­ngi kategori ini dalam penganu­ge­rahan yang dianjurkan oleh badan dunia,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.- UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *