Home » Langit Terbuka » Pengguna perlu bijak buat pilihan produk halal

Pengguna perlu bijak buat pilihan produk halal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pengguna perlu membuat pilihan untuk membeli produk yang diyakini halal. - Foto Meiko Group

BANGI – Pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menepati piawaian dan kualiti ditetapkan badan itu.

Bagaimanapun, JAKIM tidak dapat menghalang produk dengan tanda halal yang bukan diiktiraf badan itu masuk ke negara ini.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pengguna perlu membuat pilihan untuk membeli produk yang diyakini halal.

“Kita tidak meletakkan syarat halal itu mestilah halal Malaysia. Ada produk yang masuk ke negara ini mungkin mendapat pengiktirafan halal dari negara lain.

“Terpulang bagaimana pengguna meyakini halal itu. Jika memilih halal Malaysia juga, ia disebabkan piawaian dan kualiti yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Nadwah Kepemimpinan Mahasiswa Rahmah (NADI) 2019 di sini. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *