Home » Langit Terbuka » PENGHADANG DIALIH, JEMAAH KEMBALI DIBENARKAN CIUM KAABAH DAN HAJAR ASWAD

PENGHADANG DIALIH, JEMAAH KEMBALI DIBENARKAN CIUM KAABAH DAN HAJAR ASWAD

Gambar Hiasan. - Foto Arkib

MAKKAH – Selepas lebih dua tahun, penghadang keselamatan di sekeliling Kaabah dialihkan semalam.

Penghadang itu sebelum ini diletakkan disekeliling Kaabah pada 1 Julai 2020 sebagai langkah keselamatan bagi mengawal penularan COVID-19.

Ketua Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais dilaporkan berkata keputusan terbaharu Arab Saudi itu antara usaha bagi memudahkan jemaah dan pengunjung ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah.

Tanpa penghadang tersebut, jemaah umrah dan pelawat kini boleh menyentuh dan mencium Kaabah dan Hajar Aswad.

Berdasarkan video dan gambar dimuat naik di Twitter Haramain Sharifain, jemaah terus mengambil peluang menyentuh dan mencium Kaabah serta Hajar Aswad sebaik sahaja pengadang tersebut dialihkan.

Penularan COVID-19 yang semakin terkawal di Arab Saudi memberi ruang negara itu melonggarkan beberapa sekatan yang dilaksanakan.

Tahun ini juga, kira-kira sejuta jemaah dibenarkan menunaikan ibadah haji, membabitkan individu berusia 65 tahun ke bawah. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *