Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah – Klinik Solat di KISMEC

Tahsin Ibadah – Klinik Solat di KISMEC

SUNGAI PETANI – Usaha mengimarahkan tahun baharu hijrah oleh YADIM Kedah diteruskan dengan penganjuran program Tahsin Ibadah – Klinik Solat di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman(KISMEC) di sini pada 4 Ogos.

Program dengan kerjasama Jabatan Hal Elwal Pelajar KISMEC itu telah dihadiri oleh seramai 200 orang peserta.

Pengisian program telah disampaikan oleh pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad.

Antara yang disentuh beliau dalam sesi ceramah ialah berkaitan azan solat, syarat dan rukun wuduk, rukun solat berkaitan syarat sah dan batal solat dan wirid serta kepentingan solat sebagai seorang Muslim.

Hadir sama ke program ini ialah Pengarah KISMEC, Yusuri Yusuf serta wakil wakil pengurusan pusat berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *