Home » Langit Terbuka » Pengharaman burkini tidak mengikut Perlembagaan, kata Menteri Perancis

Pengharaman burkini tidak mengikut Perlembagaan, kata Menteri Perancis

PARIS, 29 Ogos– Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata larangan memakai burkini di negara itu melanggar Perlembagaan dan telah mencetuskan ketegangan antara masyarakat.

“Kerajaan enggan menggubal undang-undang mengenai perkara ini kerana ia tidak mengikut Perlembagaan, tidak berkesan dan mungkin mewujudkan permusuhan serta ketegangan dalam masyarakat.

“Kita tidak memerlukan sebarang undang-undang baru kerana undang-undang semasa jelas meletakkan sekularisme Perancis,” katanya.

Bagaimanapun, lebih 20 Datuk Bandar yang enggan menarik balik larangan tersebut.

Sebelum ini, Majlis Negara Perancis memutuskan larangan ke atas pemakaian burkini bagi wanita Islam dengan alasan ia melanggar kebebasan asas pakaian, menonjolkan agama serta pergerakan.

Ia sekaligus membenarkan pihak berkuasa untuk mendenda mana-mana wanita memakai burkini kerana ia dianggap sebagai pelanggaran dan menyalahi undang-undang. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *