Home » Citra Yadim » Pengislaman saudara baharu YADIM Perlis

Pengislaman saudara baharu YADIM Perlis

KANGAR – Alhamdulillah, dua orang saudara baru telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah bertempat di One Centre Malaysia di sini pada 27 Oktober 2022.

Program pengislaman ini juga adalah hasil kerjasama rakan strategi YADIM Perlis iaitu One Centre Malaysia, MACMA Perlis dan Jabatan Penjara Malaysia Perlis.

Majlis Syahadah ini dikendalikan sendiri oleh Penolong Pengarah YADIM Perlis, Ustaz Haji Zuhri Husain dengan disaksikan 20 orang tetamu yang lain.

Pihak YADIM dan juga beberapa badan bukan kerajaan lain turut menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan memberi sedikit sumbangan kepada dua orang saudara baru ink.

Program berakhir dengan sedikit jamuan ringkas meraikan kehadiran saudara baru kita.

Hadir menyaksikan majlis syahadah ini ialah Pengarah YADIM Perlis, Puan Hafsah Husain.

Dengan kehadiran saudara baru ini juga menjadi amanah buat kita ummat Islam terus membimbing saudara seakidah kita dan semoga saudara baru kita ini istiqomah dengan cara hidup Islam.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *