Home » Langit Terbuka » Pengumuman pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Tv Alhijrah baharu

Pengumuman pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Tv Alhijrah baharu

Namanzee Harris memiliki pengalaman selama enam belas tahun dalam dunia penyiaran. - Foto Al Hijrah Online

KUALA LUMPUR – AlHijrah Media Corporation (TV ALHIJRAH) mengumumkan pelantikan Namanzee Harris sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2019.

Namanzee memiliki pengalaman selama enam belas tahun dalam dunia penyiaran dan jawatan terakhir beliau ialah Ketua Jabatan Strategi Kandungan dan Inovasi di syarikat penyiaran Astro.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) terkenal dengan penerbitan rancangan-rancangan berbentuk realiti televisyen, selain berpengalaman menguruskan saluran Astro Oasis.

Pengerusi TV AlHijrah, Dato’ Hussamuddin Yaacub yakin pelantikan beliau ini mampu menyuntik aspirasi yang diperlukan stesen televisyen ini dalam usaha menjadi stesen penyiar Islam terunggul di rantau ini, seterusnya sentiasa berada pada tahap cemerlang dan melangkah maju ke hadapan.

“Namanzee akan membawa stesen TV AlHijrah ke arah prestasi yang lebih baik dan membantu memastikan operasi ini akan terus berjalan dengan lebih lancar,” nyata beliau.

Namanzee merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kelima dalam tempoh operasi selama sembilan tahun TV AlHijrah. Beliau menggantikan Saidi Yaacob yang tamat tempoh perkhidmatan pada Februari lalu. – Al Hijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *