Home » Langit Terbuka » Penolong Pengarah BTN Sarawak Dicekup SPRM

Penolong Pengarah BTN Sarawak Dicekup SPRM

Difahamkan, tiga daripada suspek berkhidmat di BTN Sarawak sebelum ini, namun kini sudah berpindah ke jabatan lain serta bersara.

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak hari ini menahan lima individu termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tata Negara (BTN) kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM600,000.

Suspek masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan jam 4.30 petang di Pejabat SPRM Sarawak selepas hadir untuk memberi keterangan.

Difahamkan, tiga daripada suspek berkhidmat di BTN Sarawak sebelum ini, namun kini sudah berpindah ke jabatan lain serta bersara.

Sumber berkata, suspek dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh negeri ini dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.

Katanya, jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000.

“Pembayaran tuntutan yang dibuat suspek dimasukkan dalam beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016 dan semua suspek dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang pilih.

“Siasatan juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmatan atau pembekalan yang dilakukan oleh syarikat terbabit kepada pihak BTN tidak wujud atau tidak dilaksanakan dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam tuntutan,” katanya.

Kata sumber itu lagi, semua suspek mempunyai kawalan ke atas akaun BTN dan menggunakan wang berkenaan untuk kegunaan peribadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata pihaknya kini dalam proses mendapatkan dokumen berhubung pembayaran yang dibuat BTN kepada syarikat berkenaan.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching esok untuk mendapatkan perintah reman. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/453329/penolong-pengarah-btn-sarawak-dicekup-sprm

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *