Home » Citra Yadim » Penubuhan pasukan sukarelawan YADIM (SAY) yang ke-108

Penubuhan pasukan sukarelawan YADIM (SAY) yang ke-108

TAHNIAH Sukarelawan YADIM (SAY) atas penubuhan pasukannya yang ke 108!
Penubuhan pasukan terbaharu di Bandar Tun Razak itu menunjukkan, gerakan kesukarelawanan dakwah ini semakin mendapat sambutan di seluruh negara.
Untuk rekod, hingga kini SAY mempunyai keanggotaan berjumlah 10,463 orang di seluruh negara.
SAY Bandar Tun Razak pada 19 Julai terlibat bersama Bahagian Khidmat Bakti YADIM dalam program Sumbangan Rahmah bertempat di Dewan Komuniti Pangsapuri Indah Mas, Cheras.
Ia disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Dalam ucapannya, beliau menyeru agar rakyat Malaysia perlu bersatu padu tanpa mengira perbezaan warna kulit, agama dan budaya.
Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Indah Mas, Encik Norzaidi Abd Razak dan Pengerusi SAY Bandar Tun Razak, Encik Mior Ahmad Nasarudin Mior Hussin.
Sementara itu, seramai 100 keluarga disantuni YADIM dalam program ini.
Ia bertepatan dengan peranan SAY itu sendiri iaitu bukan semata mata memberi sumbangan, namun pada masa yang sama berdakwah kepada masyarakat.
Penyampaian sumbangan ini khusus kepada asnaf, menepati dan bersesuaian dengan salah satu teras dalam gagasan Malaysia Madani iaitu ‘Ihsan’.
Dengan tertubuhnya SAY Bandar Tun Razak ini, ia akan merancakkan lagi program khidmat bakti masyarakat di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *