Home » Citra Yadim » Program Pemantapan Kader Dakwah di SMKA (P) Al-Mashoor, George Town

Program Pemantapan Kader Dakwah di SMKA (P) Al-Mashoor, George Town

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al Mashoor, George Town, pada 19 Julai menganjurkan Program Pemantapan Kader Dakwah untuk para pelajar sekolah berkenaan.
Pakar motivasi terkemuka Dr. Shereeza Sanif daripada Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia dijemput memberi pengisian.
Beliau menyentuh mengenai Sahifah Madinah sebagai asas pembentukan negara Madani serta visi dan kerangka dasar aspirasi berkenaan.
Beliau turut berkongsi motivasi kecemerlangan pendidikan, ujian dan cabaran pelajar sebelum melangkah ke institusi pengajian tinggi.
Hadir sama ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan, Ustaz Mohd Faisol Ibrahim manakala YADIM Pulau Pinang diwakili Penolong Pegawainya, Ustaz Muhammad Luqman Sabri.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *