Home » Citra Yadim » Halatuju MAIM 2020 – 2021

Halatuju MAIM 2020 – 2021

BANGI – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) selaku antara entiti utama di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak dinafikan memainkan peranan cukup besar dalam menyusun dan mencorakkan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Perancangan untuk melaksanakan usaha tersebut memerlukan ketelitian dan persefahaman antara badan badan yang berkenaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, MAIM telah mengadakan satu pemukiman pada 16 Januari di sini.

Antara tokoh NGO Islam yang hadir termasuklah Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, Zaid Kamarudin, Pengerusi MAIM, Mohamad Raimi Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam, Ir Mohd Jamaludin Shamsudin dan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Fazril Mohd Salleh.

Hadir mewakili YADIM pula ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Muhammad Hafiz Musa dan Pengarah Bahagian NGO YADIM, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof.

Menerusi pemukiman tersebut, MAIM telah menetapkan empat teras sebagai program utama mereka untuk tahun 2020 hingga 2021.

Empat teras tersebut ialah pemerkasaan, pemerfuakatan, dakwah dan penjelasan bagi menangani Islamophobia.

Menerusi keempat empat teras tersebut, MAIM berharap akan menjadi sebuah majlis permuafakatan nasional yang menyelaras, menyatu, mengukuh dan menaungi pertubuhan pertubuhan Islam di negara ini.

Teras tersebut adalah bertujuan untuk membantu menjaga kepentingan umat, penyatuan ummah kebangsaaan serta menggalakkan kesejahteraan seluruhnya ke arah menzahirkan negara rahmah.

Dalam pada itu, Nik Omar ketika menyampaikan ucapan aluannya berkata, beliau memberi kepercayaan kepada MAIM untuk menentukan sendiri hala tuju dan gerak kerjanya.

Menurutnya, MAIM yang dibarisi oleh individu individu berkelayakan dan berpengalaman diyakini mampu bergerak dan mencorakkan sendiri program program mereka.

“Seperti Nahdatul Ulama dan Ilmuan Malaysia serta Majlis Perundingan Wanita Rahmah di bawah YADIM, saya beri kebebasan dan kepercayaan untuk bergerak sendiri, dalam MAIM ini ada ramai tokoh berkaliber yang saya yakin boleh bawa badan ini pergi jauh,” ujarnya.

Beliau menambah, MAIM juga sewajarnya bertindak dan memberi kenyataan atau reaksi terhadap isu isu berkaitan Islam yang timbul di negara ini, bagi mewakili YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *