Home » Citra Yadim » Penutupan Gerbang Pra Siswa Perlis

Penutupan Gerbang Pra Siswa Perlis

ARAU – Program Gerbang Pra Siswa Perlis yang diadakan di sini, telah disempurnakan majlis penutupannya oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Penutupan di Kolej Matrikulasi Arau di sini pada 16 Februari, turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Arau, Mohd Huzairi Hasan dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat.

Seramai 101 orang urusetia dan peserta terlibat dalam majlis penutupan ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan wakil peserta program, Irfan Hakim sebelum diikuti dengan ucapan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Rakan Siswa YADIM (RSY), Mohd Nur Al Amin.

Zolkharnain yang menyampaikan ucapan penutupan selepas itu berharap para peserta yang mengikuti program ini agar sentiasa meneruskan usaha menuntut ilmu dan tidak terhenti sekadar di sekolah dan universiti semata mata.

Beliau turut menekankan kepentingan menguasai maklumat yang benar dan jangan mudah menyebarkan sesuatu yang tidak pasti atau ragu kebenarannya.

Pada masa yang sama, Zolkharnain juga menyeru agar peserta yang hadir supaya menyertai RSY selepas berjaya menjejakkan kaki di universiti kelak.

Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan Majlis Pimpinan Negeri RSY yang baharu, sijil penyertaan dan hadiah kepada para peserta.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *