Home » Langit Terbuka » Peranan guru KAFA amat penting

Peranan guru KAFA amat penting

KOTA BHARU 30 Dis. – Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) adalah aset penting dalam membentuk generasi yang cintakan negara.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, peranan mereka adalah mendidik kanak-kanak pada peringkat awal untuk memastikan generasi masa depan negara mempunyai asas agama yang kukuh.

Beliau berkata, asas agama amat penting kepada generasi muda dalam membentuk jati diri dan menjadi insan yang berguna kepada negara.

“Guru-guru KAFA mempunyai peranan yang amat besar dan saya menyeru kepada mereka supaya memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak.

“Tanpa asas agama yang kukuh mereka akan mudah terjebak dengan pelbagai pekara negatif yang akhirnya akan meruntuhkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Guru-Guru KAFA Parlimen Kota Bharu 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini hari ini.

Pada majlis tersebut beliau menyampaikan watikah kepada sebanyak 360 guru-guru KAFA di Parlimen. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *