Home » Citra Yadim » Perbanyak silang budaya, peluang sebar rahmah

Perbanyak silang budaya, peluang sebar rahmah

KOTA BHARU – Penganjuran sebarang program kekeluargaan pada masa akan datang oleh pihak bertanggungjawab, dicadangkan agar melibatkan peserta daripada pelbagai bangsa dan kebudayaan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Senator Datuk Husam Musa berkata, ada banyak perkara yang boleh dipelajari menerusi pembudayaan silang di negara ini sekiranya kita mengamalkannya.

“Ini bukan hanya dari aspek kekeluargaan sahaja sebenarnya, tetapi juga pelbagai bidang lain, contohnya pertanian, bagaimana masyarakat Cina boleh menghasilkan durian yang tinggi mutu dan boleh dijual dengan harga yang lebih mahal.

“Pada masa yang sama, terdapat juga nilai nilai budaya positif keluarga dalam masyarakat Melayu yang kaum lain boleh belajar,” katanya semasa merasmikan penutupan program Sambutan Hari Ibu Bapa Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini (21 Julai).

Program itu merupakan anjuran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR).

Lebih 300 orang peserta menyertai program tersebut yang bermula sejak jam 8 pagi. Selain forum kekeluargaan bertajuk ‘Kita Kan Keluarga : Membina Harapan Malaysia Baharu’, turut diadakan ialah majlis Penyampaian Penghargaan Ibu Bapa 2019.

Empat orang individu yang menunjukkan contoh terpuji dalam aspek pembinaan keluarga masing masing menerima perhargaan itu.

Antara kenamaan yang hadir dalam program ini  termasuklah Pengarah LPPKN Kelantan, Haslinda Abd Halim, Pengerusi  MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Wanita dan Ummah YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa dan Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Muhamed Yusoff.

Dalam pada itu Husam menambah,  dengan mengadakan lebih banyak program bersama kaum lain juga merupakan peluang untuk orang Islam menyebarkan rahmah agama berkenaan yang boleh dinikmati semua.

“Ini semua contoh bagaimana Malaysia baharu memerlukan sumbangan tuan puan ke arah menjayakannya,” kata beliau.

Mengulas lanjut mengenai pembudayaan bersama ujar Husam, Malaysia baharu tidak lagi mengamalkan perkauman yang jelas ditolak Islam kerana berdasarkan tohmahan semata mata.

“Kalau boleh beri contoh ditohmahkan kononnya terdapat segolongan yang menolak undang undang Islam di negara ini, sedangkan di Parlimen sudah terbukti apabila kerajaan berjaya meluluskan Rang Undang Undang Akta Profesion Guaman Syarie 2019 baru baru ini, tiada pun pihak yang menolaknya” ujar beliau.

Sementara itu Hafidzah dalam ucapan aluannya pula berkata, ibu bapa hari ini perlu mengambil pendekatan yang lebih bijak dan kreatif dalam membangunkan keluarga masing masing.

“Membangun keluarga hari ini mestilah dengan rahmah kerana kita berhadapan dengan cabaran luaran yang hebat, seperri ancaman teknologi maklumat yang boleh  melalaikan,” ujarnya.

Beliau juga menekankan betapa pentingnya ibu bapa hari ini didedahkan dengan ilmu dan kemahiran praktikal untuk membimbing anak anak daripada terdedah kepada bahaya gajet.

Hafidzah turut menyeru anak anak supaya bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka dengan menghormati pengorbanan mereka serta memberikan kasih sayang.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *