MAWAR lancar logo baharu

BANGI – Sesuai dengan usaha penjenamaan semulanya, Majlis Perundingan Wanita Rahmah – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR – YADIM) hari ini (11 September) melancarkan logo baharunya. Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Fuziah Salleh dalam satu majlis di Bangi Convention Centre di sini. Hadir sama ialah Yang […]

Penglibatan NGO kuasa penting bantu ekonomi negara, kata Pengerusi Mawar

BANGI – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) YADIM menyifatkan sumbangan wanita dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai peranan terpenting yang membantu membangunkan sosial ekonomi negara dan menggerakkan masyarakat ke arah yang lebih baik. Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim menyifatkan kuasa wanita dan kuasa NGO sebagai dua kumpulan yang mempunyai bakat besar yang terbukti sehingga kini […]

“Transformasi Mindamu, Hijrah Hatimu, Merdekakan Dirimu”

Perutusan MAWAR-YADIM sempena Hari Kemerdekaan ke 62 dan Maal Hijrah 1441H PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengucapkan Selamat Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun ini. Sambutan tahun ini istimewa kerana ianya jatuh berturutan dengan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Hijri. Mari sama-sama kita syukuri nikmat […]

Perbanyak silang budaya, peluang sebar rahmah

KOTA BHARU – Penganjuran sebarang program kekeluargaan pada masa akan datang oleh pihak bertanggungjawab, dicadangkan agar melibatkan peserta daripada pelbagai bangsa dan kebudayaan. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Senator Datuk Husam Musa berkata, ada banyak perkara yang boleh dipelajari menerusi pembudayaan silang di negara ini sekiranya kita mengamalkannya. “Ini bukan hanya dari aspek kekeluargaan sahaja […]

Bimbing anak hadapi cabaran gajet

PUTRAJAYA – Ibubapa seharusnya memainkan peranan untuk mendidik anak-anak secara holistik termasuk pendidikan agama/spiritual, pendidikan reproduktif dan seksualiti. “Ambil berat tumbesaran dan perkembangan anak-anak lelaki dan perempuan, selain membimbing dan memberikan panduan bagaimana untuk mereka menangani cabaran gajet dan video dalam talian, kata Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR)- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr […]

MAWAR sambut baik video elak keganasan seksual

Majlis Perundingan Wanita Rahmah MAWAR-YADIM mengalu-alukan pelancaran video pendek bagi mengelakkan anak-anak kita daripada menjadi mangsa gangguan dan keganasan seksual oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya semalam (24 Jun). Inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan wanita Keluarga dan Masyarakat bersama Malaysian Against […]