Home » Citra Yadim » Pengisian rohani untuk komuniti penjara Sungai Petani.

Pengisian rohani untuk komuniti penjara Sungai Petani.

Sebahagian penghuni penjara Sungai Petani yang mengikuti program anjuran YAIM Kedah. - Foto Penjara Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Seperti yang dihasratkan kerajaan agar usaha dakwah tidak meminggirkan mana mana golongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Oktober telah menyantuni komuniti banduan di Penjara Sungai Petani di sini.

Seramai 120 orang banduan telah terlibat dalam ‘YADIM Bersamamu’, sebuah program berbentuk pengisian kerohanian yang diadakan di Dewan Sekolah Integriti penjara berkenaan.

Bekas kakitangan Kor Agama Angkatan Tentera yang berpengalaman luas dalam bidang motivasi, Ustaz Firdaus Che Rush telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk ‘Husnul Khatimah’.

Antara yang disentuh Firdaus dalam ceramahnya ialah mengenai bagaimana untuk mencapai Husnul Khatimah atau pengakiran kehidupan yang baik.

Mewakili YADIM Kedah bagi program ini ialah Ustaz Azmi Mohammad.

Menerusi program ini, YADIM berhasrat untuk melahirkan banduan yang cintakan ilmu Islam, mempunyai jati diri Muslim yang teguh serta yang memahami dan mempraktikkan amalan Islam.

Dengan menyantuni golongan seperti ini, YADIM juga mahu menyampaikan bahawa rahmah yang dibawa Islam itu adalah untuk semua. Ia sekaligus bertepatan dengan Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang kini dibawa kerajaan.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *