Home » Citra Yadim » Perkongsian pengalaman  Dr. Fauziah, `Women’s Boat To Gaza’

Perkongsian pengalaman  Dr. Fauziah, `Women’s Boat To Gaza’

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Majlis Dakwah Negara (MDN), majlis di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengadakan program `Perkongsian Pengalaman.. Dr. Fauziah Mohd Hassan `Women’s Boat To Gaza’ pada 20 Oktober 2016 ini bertempat di Dewan Jumaah, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Dalam program yang diadakan secara percuma itu,  para hadirin berpeluang mendengar sendiri pengalaman beliau sewaktu ditahan oleh pihak Israel, ketika mengadakan pelayaran misi kemanusiaan kapal Zaytouna-Olivia pada 5 Oktober lalu.

Dr. Fauziah merupakan satu-satunya wakil Malaysia dan Asia dalam misi kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva ‘Women’s Boat to Gaza’, bersama 12 wanita lain dari beberapa negara.

Tentera laut rejim Zionis memintas pelayaran Zaytouna-Olivia yang dalam program ‘Women’s Boat To Gaza’ bertujuan mematahkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza, kira-kira 35 batu nautika dari pantai Israel.

Tiga belas peserta pelbagai negara, yang menyertai misi Zaytouna-Olivia tidak memberi apa-apa tentangan ketika tentera rejim mengambil alih bot, yang kemudian dibawa berlabuh di pelabuhan Ashdod, Israel.

Women’s Boat to Gaza, satu inisiatif International Freedom Flotilla Coalition, bertolak dari Barcelona, Sepanyol, sepatutnya tiba di pelabuhan Gaza awal malam, tetapi dipintas tentera laut Israel.

Antara peserta di atas Zaytouna-Olivia, termasuk beberapa anggota Parlimen, atlit Olimpik, bekas kolonel tentera Amerika Syarikat (AS) dan pemenang Nobel Peace Prize, Laureate Mairead Maguire dari Ireland Utara.

Bot berkenaan belayar menggunakan bendera Belanda. Sebuah lagi bot, Amal 2, terpaksa berpatah balik ke Barcelona berikutan masalah teknikal. Tetapi, penganjur percaya bot itu disabotaj.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh diajukan kepada Ustazah Mashitah (017-2124419), Ustazah Maizura (019-2234167) dan Ustazah Zaharah (013-6749627).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *