Home » Langit Terbuka » Permit baharu untuk jemaah umrah

Permit baharu untuk jemaah umrah

Permohonan permit itu bertujuan mengawal pergerakan jemaah bagi mengekalkan penjarakan sosial dan pematuhan protokol kesihatan Covid-19. - Foto AlHijrah News

JEDDAH – Beberapa permit baharu diperkenalkan dalam aplikasi Eatmarna untuk kegunaan jemaah umrah.

Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah merangkap penyelia aplikasi tersebut, Abdulrahman Shams berkata, antara permit baharu yang diperkenalkan termasuk kebenaran untuk menunaikan solat sebanyak sekali di dalam Masjidilharam, solat di Raudhah di Masjid an-Nabawi dan menziarah makam Nabi Muhammad SAW.

Katanya, para jemaah perlu memohon kesemua permit tersebut jika berhasrat untuk melakukan perkara yang disenaraikan.

Hal ini bertujuan mengawal pergerakan jemaah bagi mengekalkan penjarakan sosial dan pematuhan protokol kesihatan Covid-19.

“Semua aktiviti ziarah dan solat di kawasan utama umrah disusun dengan teliti berdasarkan kapasiti jemaah dan kebenaran pihak berkuasa.

“Pandemik Covid-19 mengehadkan pergerakan para jemaah, namun kerajaan Arab Saudi tetap berusaha memastikan mereka mendapat kemudahan yang selesa dan selamat,” katanya seperti yang dilapor Arab News. – Utusan Digital

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *