Home » Citra Yadim » Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas

Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas

KEMPAS – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor pada 15 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas.

Program yang diadakan di Balairaya Jawatankuasa Penerangan Mukim-Mukim Persiaran Bukit Kempas di sini, dihadiri seramai 50 peserta dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Yang Berhormat Dato Haji Osman Haji Sapian.

Program ini bertujuan memberi galakan dan motivasi kepada golongan wanita yang menjadi tulang belakang dalam membentuk keluarga yang bahagia dan lebih hebat.

Antara isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah bebas dari Johor Bharu, Ustaz Illyeen Amineen adalah bagaimana untuk mendidik anak anak supaya boleh sentiasa menghormati dan mentaati ibu bapa.

Beliau memberikan contoh iaitu dengan menjaga hak hak seorang anak antaranya dengan memberi nama yang baik, dan sentiasa mendoakan mereka dengan kebaikan.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *