Home » Citra Yadim » “Pernah terputus bekalan, ada ustaz minta hubungi YADIM”

“Pernah terputus bekalan, ada ustaz minta hubungi YADIM”

LATA CELAK – Perjalanan ke rumah pemohon kali ini agak mencabar.

Jalan berlumpur, licin dan berbatu ditempuhi sebelum kami akhirnya sampai ke rumah yang dihajati.

Ishak Saad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Paktam Sahak, 54 tahun, merupakan seorang bapa kepada tujuh orang anak.

Isterinya, Namisah Haya diuji dengan sakit tulang belakang.

Rawatan terapi terpaksa dilakukan dua bulan sekali di hospital.

“Paktam sakit paru-paru. Dah lima tahun, sejak tu dah tak pi noreh (pergi menoreh), Maktam pula sakit tulang belakang, kena pi (pergi) check (periksa) di hospital.

“Pernah terputus bekalan, ada ustaz di sini minta hubungi pihak YADIM.

“Alhamdulillah, rezeki kami hari ini,” ujar Paktam Sahak sedikit lega apabila bantuan disampaikan kepadanya.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk keluarga ini.

Ishak Saad merupakan antara lima pemohon Telebantuan YADIM yang disantuni di kawasan Baling dan Kuala Ketil oleh YADIM Kedah pada 11 Ogos.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *