Home » Langit Terbuka » Perokok tidak layak terima zakat

Perokok tidak layak terima zakat

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia berkata, golongan perokok seharusnya tidak layak diberikan wang zakat kerana mereka akan terus membazir dan melakukan kemudaratan ke atas diri mereka

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan zakat diminta teliti semula wang pemberian zakat kepada golongan yang benar-benar layak menerima bantuan wang zakat dan bukan dari golongan perokok.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, golongan perokok ini seharusnya tidak layak diberikan wang zakat kerana mereka akan terus membazir dan melakukan kemudaratan ke atas diri mereka.

“Secara umumnya terdapat beberapa golongan yang layak menerima zakat antaranya ialah fakir, miskin, mereka yang terlibat dalam institusi zakat sama ada individu mahupun organisasi dan sebagainya.

“Perlu mengambil serius masalah ini serta memastikan semua bakal penerima bantuan zakat tidak membazirkan wang kepada aktiviti yang tidak berfaedah seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi dalam satu kenyataan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid, golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup gay, lesbian, mak nyah dan pelacur merupakan penerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *