Home » Langit Terbuka » Persatuan wanita harus berganding bahu perkasa wanita 

Persatuan wanita harus berganding bahu perkasa wanita 

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto Awani

GEORGETOWN – Semua persatuan wanita dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa seharusnya bergandingan bersama dan bersepakat dalam membantu memperkasakan kaum wanita, titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda bertitah semua persatuan wanita juga perlu bekerjasama menjalankan aktiviti dan mengadakan perjumpaan bersama bagi memperkasakan kaum hawa di persada dunia.

Kita mesti sepakat untuk perkasakan wanita, jangan jika Puspanita, puspanita sahaja…Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), WI sahaja. Semua perlu bergabung bekerjasama dalam aktiviti bagi memperkasakan lagi wanita di kalangan masyarakat,” titah baginda pada majlis santapan tengah hari bersama kepimpinan wanita Pulau Pinang di Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa, Batu Ferringhi dekat sini.

Majlis itu turut dihadiri isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Majimor Shariff dan isteri Ketua Menteri Tan Lean Kee. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *