Home » Citra Yadim » ‘Pertama selepas dua tahun, terima kasih YADIM’

‘Pertama selepas dua tahun, terima kasih YADIM’

KANGAR – “Dua tahun lepas, itu kali terakhir kami terima sumbangan atau kunjungan pihak yang hulur bantuan.

“Selepas itu YADIMlah yang pertama hadir hari ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke kediaman kami,” kata Syahida Syafie, 38, seorang suri rumah yang ditemui di Kampung Padang Pauh di sini pada 20 Februari.

Syahida berkata demikian kepada pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang berkunjung ke rumahnya dalam program Program Kembara Komuniti Rahmah di Perlis,Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 20 hingga 25 Februari.

Antara yang turun padang ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh,Pengarah YADIM Perlis, Zuhri Hussin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM, Abdul Qaiyum Aris dan Pengerusi Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Padang Besar, Shukri Mat Hassan.

Dalam pada itu, keluarga Syahida menerima barangan keperluan harian seperti gula, bihun, beras dan sebagainya bagi meringankan beban mereka.

Keluarganya disantuni YADIM kerana mertuanya, Ibrahim Salleh, 75 yang uzur dan mempunyai masalah ingatan.

Suaminya juga kurang sihat sejak ditimpa kemalangan beberapa tahun lalu.

Sementara itu, sebanyak 10 keluarga menerima sumbangan YADIM di sekitar kawasan ini. Mereka terdiri daripada penduduk setempat yang terlantar uzur dan miskin.

Terdahulu, YADIM telah mengedarkan 300 pek sarapan kepada pengunjung dan kakitangan Klinik Kesihatan Beseri. Program ini disertai ahli ahli pasukan SAR Padang Besar dan kakitangan YADIM Kedah.

Program dakwah di luar konteks biasa ini dilakukan bertujuan untuk berada lebih dekat dengan masyarakat, bukannya sekadar berceramah di masjid dan surau.

Pada masa yang sama dengan program ziarah Rahmah, YADIM telah mengadakan program Cuci Cuci di Masjid Al Rahman, Beseri, juga dengan kerjasama SAR Padang Besar,Ahli Jawatankuasa Masjid dan komuniti setempat.

Turut diadakan di masjid berkenaan ialah penyerahan sumbangan barangan keperluan harian kepada 10 keluarga asnaf.

***

Mari sama sama menyumbang kepada Tabung Infaq YADIM. Sumbangan anda membolehkan YADIM menjalankan gerak kerja dakwahnya.

YADIM menyantuni mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Sumbangan boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan melayari halaman utama laman web ini atau menghubungi Bahagian Pelaburan dan Dana Infaq YADIM di talian 03-8870 3870

Sumbangan yang disampaikan adalah layak untuk mendapat pengecualian cukai (No. Warta G.N. 3395 Bertarikh 25 Januari 1974 -HQ 162/2077)
.
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
MAYBANK
566010625428
.
Terima Kasih
.
FASTABIQUL KHAIRAT ‘Mengejar Kebaikan’

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *