Home » Citra Yadim » Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang

Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Tuan Haji Yusoff Abu Bakar melengkapkan jadual padat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 26 Ogos.

Mewakili YADIM dalam pertemuan selama lebih sejam itu ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah pembukaan pejabat YADIM di negeri ini dan gerak kerja badan dakwah ini di sini.

Yusoff menyambut baik cadangan pembukaan itu dan memaklumkan YADIM boleh berperanan sebagai penyelaras gerakan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

“Bila NGO terlalu banyak, tujuan dan gerak kerja ada kala boleh jadi sama dan bertindih, di sini YADIM boleh main peranan.

“Kita tidak boleh harap pada jabatan agama sahaja untuk jalankan tugas dakwah, NGO perlu bantu,” ujarnya.

Yusoff turut mencadangkan supaya diadakan pertemuan susulan melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam pertemuan ini, Ustaz Nasrudin menawarkan untuk diadakan program bersama YADIM dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Tuan Kamarul pula memberi penerangan tentang apakah bentuk kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak ini.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *