Pertemuan sulung Pengerusi Jawatankuasa Khas dengan warga SPPA

0
210

PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan, Penerbitan & Antarabangsa (SSPA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa pada 14 September telah mengadakan pertemuan dengan warga kerja sektor berkenaan.

Pertemuan selama sejam di ibu pejabat YADIM di sini, bertujuan mengenali dengan lebih dekat dan terperinci fungsi serta gerak kerja sektor ini di YADIM.

Ia merupakan pertemuan kali pertama beliau dengan warga SPPA sejak menerima watikah sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah badan ini pada 17 Ogos lalu.

- advertisement -

Hadir sama ke pertemuan ini ialah Pengarah Kanan SPPA, Dr Masitah Esa dan pengarah pengarah bahagian di sektor berkenaan.

Antara yang disentuh oleh Datuk Dr Norhafizah dalam pertemuan ini ialah kepentingan untuk melihat keberkesanan dan impak program program yang dilaksanakan oleh YADIM.

Katanya lagi, pendekatan dakwah masa kini perlu meraikan suasana semasa yang sentiasa berubah ubah.

Datuk Dr Norfafizah bukanlah orang yang asing dengan YADIM. Beliau sebelum ini terlibat dengan pelbagai aktiviti dakwah anjuran badan ini seperti program Majlis Dakwah Negara, Bulan Dakwah dan sebagainya.

Selain beliau, turut sama dalam Jawatankuasa Khas SPPA ialah Dr. Muhammad Faiz Na’aman selaku timbalan beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here