Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Kampung Pokok Tai

YADIM Peduli di Kampung Pokok Tai

PENDANG – Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus diisi dengan pelbagai pengisian.

Di Kampung Pokok Tai di sini pada 14 November, telah berlangsung program YADIM Peduli dengan 20 keluarga menerima manfaatnya.

Bertempat di Masjid Al-Munirah di sini, kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban yang terjejas akibat Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya.

Para penerima terdiri daripada Orang Kelainan Upaya, ibu tunggal pesakit kronik. Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Masjid, Ustaz Anas Zainal Abidin dan Setiausahanya, Haji Zulkifly Hussein.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *