Home » Citra Yadim » Peserta Kursus Asas Daie Orang Asli kunjungi ibu pejabat YADIM

Peserta Kursus Asas Daie Orang Asli kunjungi ibu pejabat YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 20 orang peserta Kursus Asas Daie Orang Asli Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dibawa mengunjungi ibu pejabat badan dakwah ini di sini pada 22 September.

Inisiatif oleh Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM ini bertujuan memberi pendedahan tentang operasi dan gerak kerja badan dakwah ini.

Turut sama dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Daie, Muhammad Ashraf Ab Malek serta Muhammad Agus Sari, wakil peserta lelaki (Penghulu) dan Nur Iman Long selaku Penghuluwati.

Antara tempat yang akan dilawati mereka adalah di Sektor Pengurusan, Sektor Kewangan,Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa serta kedai buku YADIM.

Mereka juga sempat bertemu dan beramah mesra dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan dan timbalan beliau, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakrudin Abdul Mukti.

Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM kini sedang berlangsung di Institut Latihan Dakwah YADIM di Sungai Semungkis Hulu Langat selama 12 hari bermula dari 13 hingga 24 September.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *