Home » Langit Terbuka » Peserta termuda Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan

Peserta termuda Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan

QARI Kedah, Thufail Sayuri, 24, merupakan peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1439H/2018. - Foto UTUSAN

PUTRAJAYA 3 April – Qari Kedah, Thufail Sayuti yang berusia 24 tahun merupakan peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1439H/2018.

Menurut beliau, penyertaannya dalam pertandingan tersebut adalah kali pertama baginya sejak dia terlibat dalam dunia taranum sejak berusia 13 tahun.

Kata pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dia amat teruja untuk memperdengarkan bacaan pada malam ini kerana pencubaan kali pertama itu disifatkan amat bermakna buat dirinya.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan tilawah di peringkat kebangsaan, melainkan dalam satu rancangan realiti Akademi al-Quran musim keempat, tetapi saya tersingkir pada minggu pertama.

“Tetapi apabila sampai ke tahap sebegini, saya sudah bersyukur,” katanya yang merupakan penghafal 30 juzuk al-Quran. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *