Home » Langit Terbuka » PGSM wujud jawatankuasa baharu

PGSM wujud jawatankuasa baharu

Presiden PGSM, Musa Awang. - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mewujudkan jawatankuasa baharu bagi melaksana perkara-perkara ke arah merealisasikan penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019.

Presidennya, Musa Awang berkata, jawatankuasa bagi menguatkuasakan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 (Akta PGS 2019) diwujudkan berikutan amanah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

“Di dalamnya terdapat 20 ahli jawatankuasa induk dan dibahagikan kepada 10 jawatankuasa pelaksana (kecil).

“Jawatankuasa pelaksana (kecil) bertanggungjawab menyediakan draf kaedah penerimaan masuk, kaedah tatacara mesyuarat badan peguam syarie, kaedah kawal selia amalan dan lain-lain tugasan,” katanya dalam satu kenyataan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *