Home » Citra Yadim » Syor tulisan Jawi digunakan semua

Syor tulisan Jawi digunakan semua

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mencadangkan semua pihak untuk mengguna dan menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam sebarang urusan mereka.

Menurutnya, tulisan berkenaan adalah satu warisan negara yang perlu dipelihara selain bertujuan mengembalikan sejarah warisan negara, kerana ianya adalah perantara rasmi sebelum ini.

“Malah kita pernah utus surat kepada Baginda Ratu Elizabeth mengucapkan tahniah kepada beliau atas pertabalannya menggunakan tulisan Jawi,” katanya semasa melancarkan program Semarak Tulisan Jawi di sini pada 4 September.

Dalam program berkenaan, Datuk Seri Dr Mujahid menyampaikan tanda nama tulisan berkenaan serta Buletin YADIM keluaran khas menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya kepada ketua ketua agensi di bawah beliau sebagai simbolik pelancaran.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan urusetia pelaksana bagi kempen ini.

Mengulas lanjut, Mujahid menolak sama sekali tanggapan bahawa penggunaan tulisan Jawi adalah satu proses Islamisasi, walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam.

Pada masa yang sama katanya, tulisan berkenaan juga bukan milik eksklusif kaum Melayu sahaja kerana semua pihak boleh menggunakannya.

Tambah beliau, apabila tulisan berkenaan hampir tidak digunakan pada urusan pentadbiran, hanya agensi agama yang mengekalkannya.

Justeru menurutnya, beliau mengalu alukan kementerian dan agensi agensi lain untuk sama sama menyemarakkan semula penggunaan tulisan berkenaan.

Sementara itu katanya lagi, sebagai permulaan menerusi Program Semarak Tulisan Jawi, agensi agensi di bawahnya  akan menggunakan tanda nama Jawi pada setiap Jumaat.

Adalah diharapkan usaha ini akan dapat menyemarakkan lagi penggunaan tulisan Jawi untuk pelbagai urusan lain seperti penggunaan papan tanda arah, dokumen rasmi dan sebagainya.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *