Home » Langit Terbuka » PIALA DUNIA 2022: ISRAEL TIDAK DIIKTIRAF, PERLU PILIH PALESTIN UNTUK BELI TIKET

PIALA DUNIA 2022: ISRAEL TIDAK DIIKTIRAF, PERLU PILIH PALESTIN UNTUK BELI TIKET

Perlawanan dan upacara pembukaan temasya tahun ini di Stadium Al Bayt akan dianjak sehari lebih awal berikutan keputusan sebulat suara oleh Biro Majlis FIFA - Foto Arkib

KUALA LUMPUR – Israel tidak diiktiraf Qatar sehingga rakyat negara haram itu perlu memilih Palestin sebagai lokasi asal mereka untuk membeli tiket Piala Dunia 2022 Qatar.

Laman sesawang rasmi bagi jualan tiket dan pakej hospitaliti Piala Dunia 2022 Qatar sebelum ini meletakkan nama ‘Wilayah Palestin yang dijajah’ namun telah ditukar kepada ‘Palestin’.

Tindakan berani Doha itu mendapat pujian daripada pelbagai pihak termasuk peminat bola sepak negara-negara Arab yang menyifatkan ia langkah yang wajar dan tepat kerana negara Israel sememangnya tidak wujud.

Keputusan yang dibuat Doha menimbulkan kemarahan rakyat negara haram itu.

Sebelum ini Israel telah mencapai persetujuan dengan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk membenarkan rakyatnya membeli tiket perlawanan Piala Dunia 2022 sekaligus membolehkan mereka masuk ke Qatar.

Ia merupakan kali pertama penduduk Israel diterima masuk ke Qatar tanpa menggunakan pasport asing kerana Doha tidak meluluskan visa untuk pasport Israel.

Difahamkan pemilik tiket perlawanan Piala Dunia 2022 Qatar akan diberikan identiti peminat atau Kad Hayya yang boleh digunakan sebagai visa kemasukan.

Qatar tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.—AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *