Home » Citra Yadim » Kongsi Rezeki di Semariang Batu

Kongsi Rezeki di Semariang Batu

KUCHING – Jika sebelum ini program Kongsi Rezeki dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dengan konsep turun padang ke jalanan menyantuni mereka yang memerlukan, siri terbaharu dianjurkan debfab sedikit perbezaan.

Seawal jam 7.30 pagi pada 29 Januari, pegawai YADIM dan para sukarelawan menyedia dan membungkus pek-pek bubur untuk diedarkan kepada qariah Masjid Masjid Nurul Khair, Kampung Semariang Batu di sini selepas Solat Jumaat.

Sebanyak 250 pek bubur diedarkan kepada ahli qariah. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Beras bagi menyediakan bubur berkenaan disumbangkan orang awam menerusi ahli Sukarelawan YADIM Kuching sebanyak 15 kilogram. Bukan itu sahaja, peralatan untuk memasak bubur juga disediakan oleh salah seorang ahli sukarelawan YADIM Kuching.

Dalam pada itu, YADIM juga dijemput untuk menyampaikan khutbah bertajuk “Ketenangan Jiwa Kurniaan Tuhan” yang disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Sarawak, Zamri Bali.

YADIM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang sudi bekerjasama menjayakan program ini.

Selesai di Semariang Batu, YADIM Sarawak kemudiannya ke Surau Darul Mutaqim, Kampung Surabaya Ulu dan Kampung Panglima Seman bagi menyerahkan enam gulung tikar getah untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung-kampung berkenaan.
Sumbangan tersebut diterima oleh Ketua Kampung Surabaya Ulu, Nazri A. Rahman yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sarawak.
YADIM juga turut menyampaikan sumbangan orang awam menerusi ahli sukarelawan YADIM Kuching berbentuk pek makanan asasi berjumlah 10 pek untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *