Home » Citra Yadim » PKRC Putik disantuni YADIM Kelantan

PKRC Putik disantuni YADIM Kelantan

PENGKALAN CHEPA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib pesakit Covid-19 di negeri ini.

Terbaharu pada 23 Januari, mereka telah menyantuni pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Putik di sini.

Bukan sekadar makanan, YADIM Kelantan turut menyumbang surah Yassin, buku zikir, buku doa harian serta sejadah, telekong, dan kain pelikat selain peralatan mandi.

Untuk kanak kanak pula, disumbangkan alatan permainan dan mewarna serta buku bacaan agar mereka dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat.

Barangan sumbangan adalah daripada YADIM Kelantan serta badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

Ia disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ahmad Fathan Mahmood, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussain, Pengarah  Pengarah PKRC Kota Bharu,Dr Nor Azman Yaacob, Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang serta wakil wakil NGO yang bersama YADIM.

Program ini dijayakan dengan kerjasama NGO Gabungan Hadapan Kelantan, Sukarelawan YADIM Kelantan dan Misi Kembara Dakwah.

YADIM Kelantan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada NGO yang terlibat serta orang perseorangan yang memberi kepercayaan kepada YADIM bagi menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *