Home » Langit Terbuka » PM ajak rakyat hadir Majlis Sahih Al-Bukhari

PM ajak rakyat hadir Majlis Sahih Al-Bukhari

Poster program Sahih Bukhari - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Anwar berkata, majlis itu juga akan dihadiri Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad dan Penasihat Agama Presiden Mesir Sheikh Dr Usamah Sayyid Al-Azhari.

“Esok saya akan menghadiri Majlis Perasmian dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.

“Saya ingin menjemput warga Malaysia yang berkelapangan untuk hadir majlis ilmu ini. Semoga majlis ini akan memupuk semangat cintakan ilmu dan menyuburkan budaya, mengukuhkan tradisi ilmu Islam di Malaysia,” kata Anwar.

Majlis ilmu itu akan bermula jam 6 petang hingga 9 malam. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *