Home » Citra Yadim » YADIM Selangor telah mengadakan Program Lestari Masjid di Kuala Selangor dan Sabak Bernam

YADIM Selangor telah mengadakan Program Lestari Masjid di Kuala Selangor dan Sabak Bernam

SEMPENA Sambutan Awal Muharam 1445H pada 19 Julai, YADIM Selangor telah mengatur dua program Lestari Masjid serentak di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Bertempat di Masjid Al Abrar, Batu 2 Sepintas, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam telah mengadakan program ikonik YADIM, Cuci Cuci.
Kawasan luar dan dalam masjid dibersihkan oleh anggota SAY yang hadir, diketuai pengerusinya, Puan Hasnah Johari.
Program di masjid ini kemudian diteruskan dengan ceramah ‘Kenali Ubat Anda’ oleh Puan Nur Alifah Shahirah Johan Arifin, Pegawai Farmasi dari Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam dan Ceramah Awal Muharam oleh Ustaz Kamaruddin Sulaiman, seorang guru Al-Quran dan motivator bertauliah.
SAY Kuala Selangor pula yang diketuai pengerusinya, Puan Asmah Husin telah membersih dan menceriakan Masjid At-Taufiqiah, Sekinchan.
Seramai 50 anggota SAY hadir ke kedua-dua program ini.
Penyelaras YADIM Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares dan Encik Muhammad Najmi Mohd Salihin turut hadir turun padang ke program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *