Home » Langit Terbuka » PM nafi kerajaan beri lesen KASINO di Forest City

PM nafi kerajaan beri lesen KASINO di Forest City

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Anjung Kementerian Komunikasi hari ini. — Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi di sini hari ini,  Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata: “Tak ada, mereka bangkitkan (isu) lesen kasino itu tipu.. Tak betul”.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita antarabangsa yang melaporkan Anwar bertemu dengan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay minggu lepas bagi membincangkan perkara itu.

Laporan itu turut mendakwa perbincangan berhubung pemberian lesen tersebut masih di peringkat awal.

Projek Forest City yang terletak di Gelang Patah itu bermula pada 2015, yang sehingga kini ia mempunyai 28,000 unit kediaman yang telah siap dibina, dengan fokus utama pemaju tertumpu pada pulau buatan pertama seluas 560 hektar.

Forest City turut menempatkan dua hotel, dua padang golf bertaraf antarabangsa, kilang prefabrikasi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) terbesar di Malaysia, sekolah antarabangsa Shattuck St Mary Forest City dan taman tema air. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *