Home » Langit Terbuka » PM serah 50 naskhah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

PM serah 50 naskhah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan oleh Presiden Persatuan Islam Peru, Murad Hamida di Lima, Peru pada 14 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

LIMA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan 50 naskhah al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam Bahasa Sepanyol kepada Persatuan Islam Peru di sini.

Serahan kitab suci itu dibuat semasa pertemuan beliau bersama anggota persatuan itu yang diketuai oleh Presidennya, Murad Hamida.

Anwar berkata pada pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu, antara perkara dibincangkan ialah pembangunan umat Islam di Peru.

“Mereka turut memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas oleh rejim Zionis Israel,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Turut dibangkitkan komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah dalam kalangan komuniti Islam di Peru.

Anwar kini dalam lawatan rasmi ke negara itu antara lain bagi menyertai Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di sini.

Ia adalah lawatan rasmi pertama beliau ke Peru dan rantau Amerika Latin serta Caribbean sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Peru, yang terletak di barat Amerika Selatan, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara serta Brazil di sebelah timur.

Lima, ibu negara Peru dengan jumlah penduduk seramai 11.36 juta, menganjurkan mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *