Home » Langit Terbuka » Polis syariah tidak langgar perundangan

Polis syariah tidak langgar perundangan

Pakaian seragam tiada unsur militan, menakutkan

BERLIN 22 Nov. – Mahkamah Jerman memutuskan tujuh lelaki Islam yang didakwa menubuhkan sebuah ‘kumpulan peronda syariah’, tidak melanggar undang-undang berkaitan ‘pakaian seragam politik’.

Lapor BBC.com, kumpulan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai di bandar Wuppertal pada 2014, apabila mereka menghampiri orang ramai dengan berpakaian seragam berwarna oren yang tertulis perkataan ‘Polis Syariah’.

Mereka menuntut supaya penduduk tempatan menghentikan perjudian, mendengar muzik dan minuman beralkohol.

Penganjur kepada kumpulan itu, Sven Lau, merupakan seorang pendakwah yang terkenal, namun terpaksa berdepan tuduhan berasingan apabila dikatakan menyokong kumpulan pemberontak di Syria.

Dalam pada itu, Majlis Pusat Islam Jerman mengkritik tindakan kumpulan berkenaan yang disifatkan memberi mudarat kepada umat Islam.

Jurucakap Mahkamah daerah Wuppertal berkata. pakaian yang dipakai oleh kumpulan itu tidak berunsurkan militan dan menakutkan, oleh itu mereka tidak melanggar sebarang undang-undang.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut boleh dicabar oleh pihak pendakwaan dalam proses rayuan.

Kumpulan terbabit sering dilihat di beberapa buah bandar sekitar Eropah termasuk London, Copenhagen dan Hamburg.

– https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *