Home » Langit Terbuka » Prinsip Islam, Melayu tidak boleh dikompromi – Sultan Nazrin

Prinsip Islam, Melayu tidak boleh dikompromi – Sultan Nazrin

PUTRAJAYA 5 Ogos – Perkara yang dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka menyentuh prinsip asas terutama Islam dan Melayu tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah prinsip berkenaan tidak boleh sama sekali dikompromi dan tidak wajar dikorbankan kerana kepentingan untuk mengutamakan atau melindungi mana-mana pihak, organisasi atau individu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika berucap di Majlis Konvensyen memperkukuh Pasak Negara ke arah Wasiat lebih tersurat di Putrajaya. – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

“Segala persetujuan wajib dihormati. Walau apa sekali pun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah hari ini dan di hari muka.

“Ummah wajib berdiri teguh, berpendirian tegas, tidak berundur walau setapak sekali pun,” katanya ketika bertitah pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Tersurat di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah – Majlis Dakwah Negara (MDN), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sultan Nazrin bertitah, Raja bukan sekadar pelengkap memenuhi adat negara beraja, rakyat bersultan dan simbol melaksanakan tugas keraian semata-mata.

“Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan dan pendengaran Raja-Raja.

“Pandangan berterus-terang Raja-Raja dalam perkara berkaitan agama Islam, bahasa kebangsaan, perpaduan warga, kebebasan kehakiman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tercetus daripada hasrat untuk memastikan negara terus stabil dan aman, warga terus sejahtera dan makmur,” titah baginda. – www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *