Home » Citra Yadim » Program Aspirasi Belia Madani: Kitab Fiqh Manhaji

Program Aspirasi Belia Madani: Kitab Fiqh Manhaji

PROGRAM Aspirasi Belia Madani secara mingguan dengan pembelajaran Kitab Fiqh Manhaji di Pusat Giat Mara Marang kendalian Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Jihadi Jazmi, kini memasuki siri ke 7.
Pengisian pada 18 Oktober adalah berkaitan syarat sah solat. Turut diselitkan ialah motivasi tentang kepentingan dan kesan solat dalam kehidupan sebagai nilai tambah program bagi menuju masyarakat Madani.
Program bermula pada jam 9.15 pagi dan dihadiri seramai 34 pelatih serta 2 orang guru.
Peserta program anjuran YADIM Terengganu ini diberi beberapa soalan secara rawak oleh penceramah bagi menguji sejauh mana pengetahuan mereka tantang topik yang dibincangkan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *